Friday, February 5, 2021

TIPS UPU LEPASAN MATRIKULASI

 Hi semua! utk adik-adik  yang nak isi upu saya ade share sedikit tips yang boleh membantu. Teruskan membaca blog ini ye. Sebelum tu, saya juga merupakan pelajar lepasan matrikulasi Perak dan kini mendapat tawaran belajar di UMP untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian). 


1: Mengetahui Kategori UPU anda

  • Kategori N   - Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi PASUM dan Asasi UiTM.
  • Kategori P    - Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori J    - Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
2 : Fasa

Calon Lepasan Matrikulasi diberi dua Fasa. Fasa pertama calon harus mengisi permohonan UPU selepas keputusan sem 1 dan Fasa kedua pula kemaskini permohonan selepas keputusan sem 2 dan PNGK keseluruhan. Bagi Fasa Pertama calon boleh mengisi pilihan program # ( interview) dari pilihan 1 hingga pilihan 4. Manakala di Fasa Kedua anda hanya boleh mengemaskini program yg TIADA # iaitu dari pilihan 5 hingga 12. 
*Calon-calon dinasihati mengisi kesemua 12 pilihan.

 3 : Semakan syarat 

Mulai tahun 2020 sistem UPU hanya akan memaparkan program yang menepati syarat.
Contohnya, calon yang mendapat PNGK 2.96 - sistem akan memaparkan program yang mempunyai syarat Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 atau  Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan sistem tidak akan memaparkan program Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 kerana PNGK anda ialah 2.96 SAHAJA.Walaubagaimanapun, calon -calon dinasihati membuat semakan syarat am dan khas program di https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/index.php

Semakan syarat program ini adalah sangat penting kerana apabila terdapat 1 syarat yang tidak menepati pilihan program anda akan terbatal. 
Syarat-syarat yang harus diambil kira:
1. Syarat AM ( PNGK)
2. Syarat Khas ( Pointer setiap subjek)
3. Band Muet
4. Gred matapelajar SPM
5. Kecacatan anggota 
*DLL mengikut program yang dipilih

4 : Pilihan program
Calon mestilah memilih program yang diminati dan melepasi syarat. 
i) program BERTEMUDUGA     
- mempunya simbol #     
- boleh letak di pilihan 1 hingga 4      
- hanya dipaparkan dalam sistem upu di Fasa 1
ii) program BUKAN BERTEMUDUGA     
- boleh letak dari pilihan 1 hingga 12
- dipaparkan dalam sistem upu di Fasa 1 dan Fasa 2

5. Cara Menyusun Pilihan program
Calon-calon dinasihati untuk menyusun program dengan rapi dalam sistem UPU. Calon-calon mestilah ingat bahawa yang pilih ialah sistem komputer bukannya manusia ye! Anda ade 2 cara iaitu Susun ikut program atau susun ikut Universiti. 

Contoh susunan mengikut program:

Contoh susunan mengikut Universiti:



Untuk Rujukan Adik-adik ini merupakan cara saya susun:


6. TAMBAHAN PERINGATAN!

- Sila pilih Universiti dan Program mengikut program PNGK anda. Bagi yang mendapat PNGK 3.00 ke bawah anda dinasihati untuk memilih program yang kurang demand dan Universiti Berfokus atau Universiti Komprehensif. Untuk lebih selamat jangan pilih Universiti Penyelidikan ( Research University- UM,UKM,UPM,USM,UTM)

- Sekiranya calon yang mendapat PNGK 3.00 ke bawah ingin letak Research University dalam pilihan anda. Anda dinasihati untuk meletak beberapa pilihan Universiti Berkompetitif dan Universiti Berfokus sebagai back up.

- Sila isi kesemua 12 pilihan

- Sekiranya anda tidak mahu UMS dan UNIMAS jangan letak dalam pilihan anda kerana chances untuk mendapatkan pilihan ini agak tinggi sekiranya anda dari semenanjung. 

- Hanya calon yang langsung tidak mendapat apa-apa tawaran sahaja boleh membuat rayuan. Rayuan hanya akan memaparkan program yang mempunyai kekosongan tempat dan melepasi syarat sahaja.

- Isi semua maklumat yang bertanda* dengan teliti

- Sekiranya anda mahukan wang pendahuluan pinjaman (WPP) sila klik YA.


7. CARA SISTEM MEMILIH



























SELAMAT MAJU JAYA! & Jangan Lupa untuk sentiasa Berdoa.

Sebarang pertanyaan boleh email ke tipsupuvika11@gmail.com

TIPS UPU LEPASAN MATRIKULASI

  Hi semua! utk adik-adik  yang nak isi upu saya ade share sedikit tips yang boleh membantu. Teruskan membaca blog ini ye. Sebelum tu, saya ...